Monday 8 December 2014

Si gagal (1)

Aku, si gagal
Gagal akan segala hal
Realiti atau fantasi
Masih gagal.

Sunday 7 December 2014

Perempuan cepat jatuh (2)

Yina berjalan bersama kawan kawan, tiba tiba kawan kepada kawannya tegur dia. Mamat tu pakai serba hitam, dari atas sampai bawah. Cermin mata hitam menutup matanya. Kulit putih macam cina. Rambut kerinting panjang sederhana macam org pulau. Kasut tapak tebal. Entah apa jenama kasut dia pakai. Aku tunduk, konon tak nampak dia. Dan dia sapa, "Hi" dengan senyuman dibibir sambil hulur tangan. Dan hati Yina tak tenang. Dup dap laju gila. Senyuman kenapa nakal sangat?! Dan Yina balas, "Hi, Yina." sambil senyum dan sambut tangannya.

Jalan jalan jalan pergi cari makan. Semua kebulur. Dah sampai, meja tiga bersambung. Semua jejaka duduk. Mamat tadi duduk sebelah Yina. Yina duduk dengan tenang. Sebenarnya tak tenang sgt sebab mamat tadi duduk sebelah dia.

Bla bla bla bla bla. Jalan sama sama. Duduk sama sama. Ambil gambar sama sama. Kaki selit sama sendiri. Terpegang tangan tanpa sengaja. Joget sampai gila sama sama. Senyum sama sama. Indah tak terkata malam tu. Sepanjang hari dia curi curi pandang mamat tu.

Tapi.... Ceritanya habis dengan kata kata mamat tu. "Lelaki perlu ramai perempuan untuk jiwa tenang." Tapi sebenarnya, tiap kali mamat tu tegur dia di WhatsApp, dia senyum lebar lihat skrin. Tapi dia cuba kawal dirinya untuk tidak disakiti lagi. Dan dia jatuh juga. Sebab dia-- Perempuan cepat jatuh.

Perempuan cepat jatuh (1)

Nama diberi dirahsia
Orang panggil Yina
Kacukan cina katanya
Dagu panjang
Dahi luas macam padang
Seluar rabak
Baju bundle
Kasut murah tak ada jenama

Katanya tidak mahu bercinta lagi
Untuk tidak disakiti
Tapi dia masih lagi
Jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh jatuh
Dan terusan jatuh pada hati si jejaka
Kerana dia,
-- Perempuan cepat jatuh

Dia mahu lelaki
Dia mahu kasih lelaki
Dia mahu cinta lelaki
Dia mahu dibelai lelaki
Dia mahu kerisauan lelaki
Senang cerita, dia mahu lelaki
Kerna tidak mahu sendiri

Dia sering disakiti
Tapi dia masih mahu lagi
Dia jadi lali
Sama seperti dadah
Kau rasa sekali
Kau mahu lagi
Tapi setiap kali dia disakiti
Dia pandang cermin
Tanpa senyum muram atau dendam
Dia tiada perasaan ke?
--Ada.
Dia tiada hati ke?
--Ada.
Dia dah lali
Dia jadi nak lagi lagi dan lagi
Dia cinta kesakitan
Yang diberi mereka.

Jangan baca (2)

 Kita bersama semalam. Buang masa tanpa hala tuju. Pening fikir nak guna panggilan apa sebab kita bukan kita yang enam hari lepas. Kita jadi pelik sesama sendiri. Nak panggil apa? Nak buat apa? Dan kau masih panggil aku dengan panggilan lama. 

Kita beli mekdi #doublecheeseburger macam biasa. Terus pusing kereta lepak tepi pantai yang penuh bot bot besar, org yang amik gambar macam dalam cerita hindustan, amik gambar dengan family dan kesayangan, bangla jual eskerim lalu lalang belakang kita. Kenderaan pacu laju di jalanan. 

Mekdi yang kita baru beli semua semut curi, mungkin sebab nak kita kongsi. Kot lah. Aku suap kau, kau suap aku. Gitar kau petik sambil aku nyanyi. Lepastu kau kata "Mesti org yang tengok kita jeles kan, dengan gitarnya lain."

Gerimis, jadi kita pergi tengok movie. Lenjan kerono je sebab tak tahu nak buat apa. #penguinofmadagascar jam 530.

Macam biasa-- bite mark untuk tanda perjumpaan. Tapi kali ini kau dapat 3 kali.

Okbai tu je kot?

Saturday 6 December 2014

Jangan baca. (1)

Aku tak ada cerita nak diceritakan. Hidup aku tak macam manusia lain yang selalu jejak kaki ke luar dan bakar kulit diorg dengan sinaran matahari. Hidup aku cuma dalam rumah, gelap, dan diri aku. Sendiri. Memang selalu kena tinggal sorg kat rumah. Rutin aku macam biasa, tidur lambat, main twitter 24/7, cakap dengan bintang dan bulan, tunggu kemunculan bintang-- tiap tiap malam, dengar lagu, makan kalau nak,,,


Bosan gila hidup aku kan? Sama macam tulisan yang aku taip semua neh. Tapi tak apa lah, tak ada org baca pun apa aku tulis. Yang baca aku sorg.

Cant never.

It suck, doesn't it

Liking someone that
You cant have
Seeing them everyday
& knowing that they'll
Never be yours--'